Jumaat, 19 Jun 2015

Romadhon Kembali ....

:: Romadhon 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masihi kini telah kembali menemui kita... Sudah pasti ramai dari kalangan kita telah mengetahuinya.. Apabila diumumkan sahaja di kaca televisyen, masing-masing dari kalangan kita menunjukkan reaksi yang sangat positif dan tidak kurang juga ada yang menunjukkan reaksi yang negatif dengan kehadiran bulan yang sangat bermakna dan penuh nikmat ini.... 

Mari kita bincangkan berkenaan dengan bulan Romadhon dalam dua sudut yang berbeda iaitu POSITIF dan NEGATIF... Adapun pandangan ini bukanlah bertujuan untuk membincangkan tentang keburukan bulan Romadhon tapi ianya adalah merujuk kepada pandangan dan sikap sesetengah saudara-saudara seagama dengan kita berkenaan dengan kehadiran bulan Romadhon...

:: POSITIF ;

Pada keseluruhannya, bulan Romadhon ini disambut dengan penuh girang dan bermakna bagi sesetengah umat Islam di dunia khususnya di negara kita Malaysia... Hampir 97% dari kalangan kita sangat teruja dengan kehadiran bulan yang tidak ada tandingannya dengan bulan-bulan yang lain dalam kalender Hijrah ini... Antara sebabnya ialah pada bulan inilah sebaik-baik peluang bagi kita umat Islam menginsafi diri bahawa betapa indahnya nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada kita... Betapa besarnya rahmat serta kasih sayang Allah kepada kita yang sudah pasti tidak ada tandingannya... Maha Besar dan Maha Suci Allah s.w.t. di atas kurniaan keafiatan dan keampunan serta ruang dan peluang bagi kita untuk muhasabah diri serta memperbaiki diri kita yang selama ini telah banyak melakukan dosa dan maksiat secara sedar mahupun tidak sedar... Kehadiran bulan Romadhon merujuk kepada ketinggian serta kekuatan dari sudut aqidah yang sering kita akui setiap kali kita duduk pada tahiyyat awal dan akhir yakni ungkapan kalimah tauhid yang bersumpah bahawasanya tiada Tuhan yang selayaknya kita sembah melainkan Dia yakni Allah s.w.t. serta bersumpah bahawasanya Rasulullah yakni Muhammad s.a.w. itu adalah suruhan Allah buat kita umat di akhir zaman agar tidak mudah disesatkan oleh Iblis laknatullah... Ujian-ujian yang ringan, sederhana dan berat silih berganti mengusik keimanan kita... kesabaran, tawakkal, patuh, tawadduk dan jihad melawan hawa nafsu agar tidak mudah diusik atau terusik oleh kehadiran semua bentuk ujian-ujian sepanjang bulan Romadhon ini... Melaksanakan ibadah puasa itu nampak seperti mudah kerana minda kita hanya menafsirkan maksud puasa itu dengan maksud menahan diri daripada makan, minum dan perbuatan-perbuatan serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, tapi sebenarnya maksud disebalik perintah berpuasa ini jauh lebih dalam maksudnya... Ramai dari kalangan kita masih belum memahami tujuan sebenar Allah s.w.t. memerintahkan kita menunaikan ibadah WAJIB ini... Perkara yang paling utama dalam kita mengerjakan sesuatu ibadah ialah keikhlasan serta kesungguhan kita mengabdikan diri kepada Pencipta kita yakni Allah s.w.t. ... Jika ibadah itu dilaksanakan semata-mata kerana kita takut malu kepada saudara-saudara kita yang lain, itu bermakna keikhlasan yang kita miliki hanya pada perasaan... Sedangkan pada masa yang sama kita tidak pernah rasa malu kepada Allah walau sekecil zarah sekalipun.. Mengapakah sifat seumpama ini  wujud dalam diri kita...? Apakah kita terlupa atau buat-buat lupa bahawa seharusnya kita malu kepada Allah...? Tanya pada diri kita sendiri, di situ pasti ada jawapannya... 

:: NEGATIF ;

Sekarang kita cuba bincangkan pula dari sudut yang lain iaitu negatif... Semua ini adalah kenyataan yang harus kita hadapi bahawa itulah sesetengah sifat yang ada pada diri manusia... Sedar ataupun tidak, kehadiran bulan Romadhon ini disambut dengan penuh sinis dan suram oleh sesetengah daripada umat Islam... Perkara ini tidak dapat kita nafikan lagi... Namun, golongan apakah yang dimaksudkan dalam hal ini....?? Tidak lain dan tidak bukan adalah golongan-golongan manusia yang tidak pernah tidur dan rehat daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat... Bagi mereka, kehadiran bulan Romadhon umpama api dalam sekam yang mematikan aktiviti-aktiviti maksiat yang sering mereka lakukan di bulan-bulan yang lain... Golongan seumpama ini sudah tentulah menjadikan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama sebagai musuh kerana mereka tidak bebas untuk melakukan maksiat di bulan Romadhon... Golongan ini tidak pernah mengenal erti ibadah kerana hati mereka telah membeku dan hitam kerana termakan dan khayal dengan hasutan Iblis... Pada hati mereka hanya tersimpan perkataan "Mengarut" dengan kehadiran bulan Romadhon... Inilah lukisan dunia yang terhasil oleh kurangnya pencegahan dari peringkat akar umbi... Dunia hanya sibuk untuk membangunkan dunia tapi sangat jahil untuk membangunkan kepentingan hidup mengutamakan perintah Allah s.w.t. ... Apakah mereka lupa bahawa segala sesuatu itu sama ada kecil mahupun besar, akan dipersoalkan dan dipertontonkan semula oleh Allah s.w.t. di padang masyar nanti...? Apakah mereka terlupa bahawa kekayaan dunia tidak akan dibawa bersama-sama dengan kematian...?? Apakah mereka terlupa bahawa setiap gerak geri kita ini diperhatikan oleh Allah dari setiap sudut perlakuan dan perbuatan kita...?? Marilah kita fikirkan bersama... Jadikanlah bulan Romadhon kali ini sebagai bulan yang terakhir untuk kita jalani... Mungkin kita mampu bertemu dengan Romadhon hanya untuk kali ini... Atau mungkin kita hanya akan menjalani bulan Romadhan pada kali ini hanya separuh daripadanya... Mana mungkin kita mampu mengetahuinya... Semua itu Rahsia Allah s.w.t. yang tidak ada seorang pun akan tahu...

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang merugikan dan mensia-siakan perjalanan hidup kita... Marilah kita perbanyakkan zikir mengingati Allah s.w.t. .... Sekaya manapun kita... Berjaya manapun kita... Sehebat manapun kita.... Kita kena beringat untuk mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah s.w.t.... Kekayaan, Kejayaan dan Kehebatan selama kita hidup di dunia bukanlah bekalan yang akan melengkapkan perjalanan hidup ini... Tapi keikhlasan untuk menunaikan segala janji-janji kita di hadapan Allah sebelum roh kita ditiupkan ke dalam rahim ibu kita.... 


Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014