Berpandukan kepada Fasal 4 Perlembagaan pertubuhan ini, syarat-syarat untuk menjadi ahli Sahabat Masjid adalah seperti berikut :
Fasal 4 (1);
Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada para belia yang beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas yang bermastautin di mana-mana daerah yang terdapat di Bahagian Pedalaman Atas Negeri Sabah sahaja, memiliki kewarganegaraan Malaysia tidak mengira jantina, bangsa dan berminat dengan aktiviti-aktiviti pertubuhan ini. Ahli-ahli yang berumur 18 tahun dan ke bawah mestilah mendapat kebenaran daripada ibubapa atau penjaga secara bertulis dan mereka tidak boleh mengundi dan memegang mana-mana jawatan dalam pertubuhan ini.
Fasal 4 (2);
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.
Fasal 4 (3);
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
Fasal 4 (4);
Seseorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.
Langgan:
Catatan
(Atom)
Carian Anda
Catatan Popular
-
Berikut merupakan di antara pengisian-pengisian dan aktiviti-aktiviti sepanjang program Konvoi Dakwah 2013 : Memohon doa keselamatan...
-
Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa isu yang sangat hangat diperkatakan pada ketika ini ialah berkenaan tragedi yang berlaku d...
Mengenai Kami
Sahabat Masjid Facebook
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.