Berpandukan kepada Perlembagaan Pertubuhan ini dalam Fasal 23 (a) dan (b), diterangkan tafsiran logo dan bendera rasmi pertubuhan ini seperti berikut ;

1. Fasal 23 (a) ; Bendera



Keterangan :

Pada bendera Pertubuhan Belia Sahabat Masjid Pedalaman Atas Sabah pula terdapat sebuah logo pertubuhan yang diletakkan di tengah-tengah bendera dengan berlatar belakangkan tiga (3) jalur warna menegak yang membawa maksud seperti berikut ;

i) Warna Hijau Muda
Melambangkan semangat bekerjasama yang tinggi untuk menjayakan misi dakwah yang berterusan.

ii) Warna Putih
Melambangkan sifat zuhud dan jauh daripada sifat-sifat mazmumah.

iii) Warna Kuning
Melambangkan bahawasanya belia-belia dalam pertubuhan ini menyanjung tinggi ketinggian dan kesucian agama Islam.


2. Fasal 23 (b) ; Lambang


Keterangan :

(a) Logo Pertubuhan Belia Sahabat Masjid Pedalaman Atas Sabah adalah berbentuk kubah masjid yang melambangkan betapa pentingnya usaha untuk mengimarahkan masjid-masjid yang juga merupakan rumah ALLAH s.w.t.

(b) Di dalam bentuk kubah masjid tersebut terdapat imej sekumpulan manusia yang melambangkan bahawa jemaah-jemaah masjid yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid ALLAH s.w.t. Pada hujung kubah terdapat bentuk bulan dan bintang yang melambangkan ketinggian agama Islam seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah bentuk kubah masjid terdapat perkataan ‘Sahabat’ yang membawa maksud jemaah yang sangat rapat dengan masjid-masjid ALLAH s.w.t. Manakala di bawah perkataan ‘Sahabat’ tersebut juga terdapat sebuah bentuk segiempat tepat yang melambangkan bahawa pertubuhan ini akan menyediakan pakej-pakej dakwah yang pelbagai demi untuk mengangkat martabat Islam di mata dunia. Di dalam bentuk segiempat tepat tersebut terdapat perkataan ‘Masjid’ yang merupakan kata nama am bagi rumah ibadat utama umat Islam di seluruh dunia. Di dalam bentuk segiempat tepat tersebut juga terdapat perkataan ‘Pedalaman Atas Sabah’ yang merupakan kata nama khas bagi Bahagian Pedalaman Atas Negeri Sabah yang melambangkan bahawa pertubuhan ini bergiat aktif dalam mencapai misi dan visi dakwah ke seluruh Bahagian Pedalaman Atas Negeri Sabah yang mencakupi daerah-daerah yang terdapat di bahagian ini.

(c) Maksud warna-warna yang digunakan dalam logo ini adalah seperti berikut ;

i) Warna Hijau Tua
Melambangkan keindahan agama Islam.

ii) Warna Hijau Muda
Melambangkan jiwa para belia muslim yang memiliki semangat untuk berdakwah ke jalan ALLAH s.w.t.

iii) Warna Kuning
Melambangkan warna rasmi bagi agama Islam.

iv) Warna Merah
Melambangkan perpaduan dan persepakatan para belia muslim dalam membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia.

v) Warna Putih
Melambangkan jiwa para belia muslim yang bebas daripada gejala-gejala tidak bermoral.
Created with Artisteer

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014