Isnin, 10 Jun 2013
Resit pembayaran mewakafkan sejumlah wang untuk salah sebuah masjid.

Assalammualaikum wbt....

Semoga ALLAH swt melimpahkan seluruh nikmat dan rahmat buat diri kita semua. Marilah sama-sama kita insafi dan sedari akan hakikat Maha Kekuasaan ALLAH swt ke atas hidup kita. Tidak kira siapapun kita, apapun pangkat kita, warna kulit, keturunan dan kisah silam hidup kita, ketahuilah bahawasanya hanya ALLAH swt yang selayaknya menentukan jalan kita ke alam barzakh kelak. 



Pada kali ini, admin ingin berkongsi tentang sesuatu perkara yang sering dipandang remeh kerana ramai di kalangan kita menganggap bahawa kerja seperti ini adalah sia-sia dan merugikan diri kita. Apa tidaknya, kita bermati-matian mencari rezeki, mengejar kejayaan untuk menjadi insan yang berjaya dalam soal meningkatkan taraf hidup kita dan seluruh ahli keluarga kita, senang-senang pula untuk memberinya kepada orang lain mahupun kepada mana-mana institusi atau pertubuhan yang memerlukan dana untuk menjalankan misi dakwah masing-masing.  Namun, itu hanyalah pandangan yang sia-sia juga sebabnya bila dikaji dengan akal yang logik dan masuk akal, sebenarnya hasil kejayaan, kekayaan, kemewahan, kecukupan, kesenangan dan sebagainya itu datangnya daripada ALLAH swt. Sedar atau tidak, semuanya itu hanyalah pinjaman kepada kita. Sesiapa sahaja layak dan berhak untuk mendapatkannya namun hendaklah dengan izin ALLAH swt. Dan harus diingat juga bahawa ianya bukan untuk kita nikmati sampai ke alam berikutnya iaitu alam penantian (Barzakh) tapi ianya adalah salah sebuah ujian bagi kita. Ujian yang cukup cantik dan indah yang diberikan oleh ALLAH swt tetapi ramai yang hanyut terbuai olehnya. Ramai yang jadi sombong, bongkak, bakhil, lupa daratan, bermegah-megah dan yang sangat mengecewakan ialah lupa bahawa ianya adalah milik ALLAH swt. 'Nauzubillah Min Zalik' mudah-mudahan ALLAH swt menjauhkan sifat-sifat seperti itu dari kamus hidup kita. 

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah motif admin meletakkan gambar sekeping resit sepertimana yang tertera di atas. Sebenarnya gambar tersebut admin dapat dari laman Facebook. Ianya bukanlah di'EDIT menggunakan Photoshop dan bukan pula ditulis begitu sahaja semata-mata untuk mengaburi mata kita semua tetapi ianya adalah kisah benar yang benar-benar berlaku. Jika ramai di kalangan anda tidak percaya, sila klik link ini untuk mengenal pasti sama ada masjid ini wujud ataupun tidak :

Para pembaca yang budiman sekalian, semua itu tidak penting, apa yang penting ialah sejauh mana kita sebagai umat Islam menyakini petikan Firman ALLAH swt seperti berikut : 


" 261. bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya ".


Jika seorang insan yang tidak beragama Islam mampu memahami ajaran Islam dan kelebihan bersedekah, menderma, menyumbang sebahagian harta ke jalan yang diredhoi oleh ALLAH swt, mengapa kita tidak?? Di sini admin tidak bermaksud untuk mengajak seluruh pembaca agar mengikis semua harta yang ada dan berikan kepada Masjid, Surau dan Organisasi Dakwah yang ada di negara kita ini, tapi apa yang ingin disampaikan oleh admin adalah sedekahkanlah semampu dan seikhlasnya agar bila di hari qiamat kelak ianya mampu 'Back Up' segala kecacatan amalan kita di dunia dahulu. Mudah-mudahan kita semua disenaraikan oleh ALLAH swt di kalangan orang-orang yang beriman, diredhoi olehNya dan dimasukkan ke syurga ALLAH swt. Insya ALLAH... AMIN...   

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014