Sabtu, 7 September 2013
Pengarah Biro Pembangunan Dakwah Sahabat Masjid, Ustaz Awang Malik Baki
memerhatikan kawasan rumah Encik Daimet yang hangus dijilat api.

SAPULUT (31 Ogos 2013) - Sahabat Masjid dengan diketuai oleh Yang Dipertua pertubuhan ini telah datang menziarahi Encik Daimet Angisou dan keluarga di tempat kediaman mereka yang dilanda ujian musibah kebakaran di Kg. Simatuoh, Mukim Sapulut.

Menurut Encik Daimet Angisou, kejadian berlaku pada 24 Ogos 2013 yang lalu dan masa kejadian pula berlaku pada jam lebih kurang 9.00 malam. Menurut beliau lagi, kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas iaitu kurang daripada 15 minit. Ketika kejadian tersebut, Encik Daimet Angisou tidak berada di rumah dan punca kejadian adalah disebabkan oleh litar pintas pada mesin Genset yang digunakan sebagai sumber bekalan elektrik di kediaman tersebut. Keseluruhan rumah terbakar hangus termasuklah kereta dan dokumen-dokumen penting milik Encik Daimet sekeluarga. Pada ketika ini Encik Daimet dan sekeluarga tinggal sementara di dalam khemah pasang siap sementara menunggu rumah baru keluarga ini disiapkan.

Encik Daimet (Kiri) sedang menceritakan tentang kejadian kebakaran tersebut kepada
Timbalan Yang Dipertua Sahabat Masjid, Encik Abdul Salam Yiwot Sirik (Kanan).
Penempatan sementara Encik Daimet sekeluarga.
Kerja-kerja pembinaan rumah baharu Encik Daimet Angisou.

Bendahari Agung dan Pengarah Biro Tugas-Tugas Khas Sahabat Masjid
sedang memerhatikan kereta kancil milik Encik Daimet yang turut sama dijilat api.


Sebahagian daripada rumah Encik Daimet yang hangus terbakar.

Sekiranya saudara dan saudari ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah melakukan demikian melalui akaun bank Encik Daimet Angisou seperti yang tertera di bawah ini :

Nama          : Daimet Bin Angisou
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional (BSN)
No. Akaun  : 12112-29-00012570-6  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.