Sabtu, 15 Mac 2014
---- Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ----

Di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan takziah di atas pemergian beberapa orang belia Muslim yang telah dikhabarkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan aka Over Dost ..




Sebagaimana yang kita sedia maklum, kejadian ini berlaku pada hari kelmarin iaitu 15 Mac 2014. Penganjuran Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) yang dianjurkan 3 hari itu sedikit sebanyak telah membuka mata kita betapa penganjuran konsert seperti itu langsung tidak membawa makna serta faedah yang bermanfaat kepada perkembangan intergriti dan kebolehan otak berfikir di kalangan belia pada masa kini..


Di tambah lagi konsert tersebut tidak terbatas pergaulannya yang mampu mengundang kesan buruk terhadap sikap para belia. Pengaruh alkohol, pengambilan pil khayal, seks bebas dan sebagainya telah menghayutkan akal waras para belia dalam kancah yang tidak bermoral tersebut.. Banyak lagi program-program bermanfaat yang boleh membawa keuntungan besar selain daripada program maksiat tersebut.. Admin difahamkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh seorang individu yang beragama Islam. Mungkin kerana terdesak atau mungkin kerana individu tersebut tidak ingin mengendahkan perintah Allah SWT..

Iqbal Ameer (Director of Livescapeasia) & Brett Robinson (Festival Director of Future Music Festival)

Jika diamati dengan penuh waras, konsert tersebut bukan sahaja dihadiri oleh muda-mudi dari negara ini, tapi juga dihadiri oleh muda-mudi dari negara-negara luar.. Sungguhpun alasan mereka untuk datang ke program itu sekadar untuk menikmati alunan muzik, namun semuanya itu hanya pembohongan dengan tujuan ingin menutup pekung di dada.. Apa yang sebenarnya berlaku sepanjang program tersebut diadakan sehingga ianya dibatalkan kelmarin, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.. 


Kecewa, Malu, Sedih, Bimbang, Resah dan sebagainya mulai masuk ke dalam benak hati dan fikiran berjuta rakyat Malaysia.. Namun, tidak kurang juga bagi mereka yang merasakan ianya sekadar perkara biasa kononnya remaja atau belia pada masa kini berdarah muda... Ya betul.. Tapi apakah kita ingin terus-menerus menerima kenyataan seperti ini sehingga pada suatu hari nanti Allah turunkan bala yang lebih besar yang akan menimpa hidup kita, anak-anak kita, keluarga dan sanak saudara kita??? Please... Sedarlah bahawa program sedemikian sudah tidak diperlukan lagi di negara kita.. Sekarang merupakan usaha ke arah membaiki dan menjaga akidah umat Islam agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan Iblis Laknatullah.. Ramai pengikut-pengikut dajjal sedang menerapkan nilai-nilai terhina dan mengkhayalkan untuk memesongkan akidah kita.. Sedar ataupun tidak, itulah hakikatnya.. Berhenti untuk mengeluh.. Berhenti untuk menunding jari.. Dunia adalah persinggahan sebab di hujung hidup kita, kita akan dibawa ke tempat yang kekal abadi.. Kita hanya perlu pilih sama ada ingin hidup aman dan sentosa di Syurga atau ingin hidup sengsara tidak terhingga di Neraka.. Syurga atau Neraka.. Pilihlah mulai sekarang.. Kita mampu mengubahnya.. 




Admin menyarankan agar kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak mengharamkan sebarang konsert yang tidak bermanfaat demi kepentingan ummah sejagat.. Belia adalah pewaris kepimpinan negara di masa hadapan dan belia jugalah pewaris pejuang-pejuang Islam yang unggul untuk memimpin negara ke arah sebuah negara yang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada fitnah Dajjal.. Banyakkan program kesenian Islam yang bertujuan untuk mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW seperti Konsert Selawat, Nasyid, Program Realiti berkonsepkan Islam dan sebagainya.. 




Semoga setiap kesukaran hidup yang kita akan dan sedang tempuhi, dapat ditempuhi dengan penuh ketenangan, keimanan dan dilindungi serta dipelihara oleh Allah SWT.. Hanya Allah SWT satu-satunya tempat kita memohon kerana suatu hari nanti, kita akan kembali kepadaNya.. 

Semoga Allah SWT memberkati kita semua.. Wassalam...

Ahad, 23 Februari 2014


NABAWAN (24 Feb 2014) - Liga Street Soccer Tertutup Sahabat Masjid Musim Kedua 2014 kembali...
Sebanyak 9 pasukan akan beraksi bagi menentukan pasukan manakah yang layak ke peringkat Separuh Akhir dan Akhir.

Kejohanan pada kali ini menampilkan kelainan dengan memperkenalkan 9 buah penaja yang akan menaja pasukan masing-masing. Di antaranya ialah Rifqi Enterprise, Isnoza Enterprise, Ikhwan Enterprise, Al-Ikhsan Enterprise, Al-Hidayah Enterprise, Intifadha, An-Nur Enterprise, Pak Salam Theraphy dan AMT Sahabat Masjid.

Persaingan pada kali ini dijangka cukup sengit dengan menampilkan ahli-ahli baharu yang memiliki bakat beraksi dalam saingan street soccer kali ini. Kejohanan ini merupakan kesinambungan daripada kejohanan musim pertama yang lalu. Dan pada kali ini Biro Pembangunan Sukan dan Rekreasi Sahabat Masjid memberi penambahbaikan dalam sistem kejohanan kali ini. Ianya juga merupakan salah satu madah perpaduan dan bagi mengeratkan silaturrahim di samping sebagai salah satu inisiatif pertubuhan ini untuk membina sebuah pasukan elit pertubuhan ini.

Semoga kejohanan pada kali ini akan dapat mencapai matlamat utama pertubuhan ini. Kejohanan ini dijangka akan bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis), Jam 4 Petang - 6 Petang dengan menampilkan 4 perlawanan pembuka tirai liga. 

" Riadah Juga Ibadah "

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Arkib Blog

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014