Ahad, 23 Februari 2014


NABAWAN (24 Feb 2014) - Liga Street Soccer Tertutup Sahabat Masjid Musim Kedua 2014 kembali...
Sebanyak 9 pasukan akan beraksi bagi menentukan pasukan manakah yang layak ke peringkat Separuh Akhir dan Akhir.

Kejohanan pada kali ini menampilkan kelainan dengan memperkenalkan 9 buah penaja yang akan menaja pasukan masing-masing. Di antaranya ialah Rifqi Enterprise, Isnoza Enterprise, Ikhwan Enterprise, Al-Ikhsan Enterprise, Al-Hidayah Enterprise, Intifadha, An-Nur Enterprise, Pak Salam Theraphy dan AMT Sahabat Masjid.

Persaingan pada kali ini dijangka cukup sengit dengan menampilkan ahli-ahli baharu yang memiliki bakat beraksi dalam saingan street soccer kali ini. Kejohanan ini merupakan kesinambungan daripada kejohanan musim pertama yang lalu. Dan pada kali ini Biro Pembangunan Sukan dan Rekreasi Sahabat Masjid memberi penambahbaikan dalam sistem kejohanan kali ini. Ianya juga merupakan salah satu madah perpaduan dan bagi mengeratkan silaturrahim di samping sebagai salah satu inisiatif pertubuhan ini untuk membina sebuah pasukan elit pertubuhan ini.

Semoga kejohanan pada kali ini akan dapat mencapai matlamat utama pertubuhan ini. Kejohanan ini dijangka akan bermula pada 27 Februari 2014 (Khamis), Jam 4 Petang - 6 Petang dengan menampilkan 4 perlawanan pembuka tirai liga. 

" Riadah Juga Ibadah "

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014