NABAWAN - Sebuah program berbentuk konvoi bermotor yang dinamakan Konvoi Dakwah 2013 dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2013 yakni selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini. Program ini akan berpusat di Maliau Basin, Tawau ataupun dikenali juga sebagai salah sebuah taman hutan yang tercantik di dunia dengan gelaran Sabah's Lost World.
Program ini akan bermula di perkarangan Masjid Al-Hidayah daerah Nabawan. Bertemakan "Dakwah Tetap Di Hatiku", program ini dijangka akan disertai oleh seramai 20 orang ahli Pertubuhan Belia Sahabat Masjid Pedalaman Atas Sabah dan juga seramai 10 orang Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pertubuhan ini. Program ini akan dirasmikan perlepasannya oleh Yang Dipertua Sahabat Masjid dan akan ditangguhkan oleh Penaung pertubuhan ini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi latihan asas pendakwah kepada ahli-ahli Sahabat Masjid yang selalu aktif dalam pertubuhan. Pelbagai bentuk pengisian dakwah akan diberikan untuk memastikan agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.