Rabu, 10 Julai 2013


Allah s.w.t. berfirman di dalam Kitab Suci Al-Quran yang bermaksud ;

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa "

(Surah Al-Baqarah:183)



Assalammualaikum....

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana tanpa rahmat dan kasih sayang dariNYA, kita tidak akan dapat merasai segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan dan sediakan kepada kita manusia. Bulan Sya'ban 1434H telahpun berlalu dan kini, bulan Ramadhan 1434H pula datang menemui kita. Bulan yang penuh dengan rahmat, keunikkan, keajaiban dan segala bentuk nikmat yang tidak akan ada pada bulan Islam yang lainnya. Suatu perintah Allah swt yang WAJIB kita kerjakan iaitu ibadah Puasa. Ibadah yang termaktub di dalam rukun Islam yang ketiga ini merupakan perintah yang tidak boleh ditinggalkan secara sengaja. Jika ditinggalkan tanpa sebarang keuzuran yang diharuskan dalam syarak yang membolehkan seseorang itu untuk membatalkan puasanya ataupun tidak diwajibkan ke atas dirinya menunaikan ibadah wajib ini kerana sebab-sebab yang boleh memudaratkan tahap kesihatan seseorang itu, hukumnya adalah Berdosa. Walau bagaimanapun, ianya WAJIB untuk kita ganti hari-hari di bulan Ramadhan yang kita tinggalkan tersebut. Di dalam bulan Ramadhan ini juga kita WAJIB melaksanakan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat yang telah diwajibkan ke atas diri kita dan ahli keluarga yang berada di bawah jagaan kita. Perintah ini nampak seperti mudah namun ramai di kalangan kita boleh menjadi lalai dan leka untuk menunaikan rukun Islam yang keempat ini. 

Oleh itu, mari kita muhasabah diri untuk melakukan yang terbaik di dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Kawal sikap-sikap yang tidak sepatutnya kita tunjukkan di bulan yang mulia ini. Perbanyakkan zikir mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah swt, memohon keampunan ke hadratNYA dan memohon agar kita tergolong di kalangan hamba-hambaNYA yang tertaqwa dan beramal soleh. 

Daripada pihak Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Pertubuhan Belia Sahabat Masjid Pedalaman Atas Sabah ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada seluruh umat Islam yang berada di bumi Malaysia ini. Sama-samalah kita doakan agar saudara-saudara kita di Syria dan di Mesir diberi kekuatan oleh Allah swt untuk menghadapi segala ujian di bulan Ramadhan ini. Amin Ya Rabbal A'lamin..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014