Rabu, 15 Mei 2013



Ingatlah wahai sahabatku bahawa masa muda itu sekali sahaja. Ianya tidak akan mampu diubah kerana itulah suratan takdir yang ALLAH berikan kepada setiap manusia di dunia ini.
Oleh itu, selagi mana kita masih dikurniakan ALLAH dengan kurniaan sangat besar bernama MASA, maka gunakanlah seluruh potensi dan kekuatanmu untuk DAKWAH.

Maksimakan sepenuhnya untuk dakwah. Sehingga otakmu sendat dari berfikir apa-apa kerana memikirkan dakwah. Dan kita merasai aliran dakwah itu hidup pada setiap saat darah mengalir dalam pembuluh diri kita.

Hati kita bercahaya saban waktu kerana mahu memancarkan sinar islam pada segenap manusia yang kita temui, kerana itu kita takkan duduk diam, berteleku di daerah kita semata-mata, samada ramai mahupun sedikit manusia yang kita temui di daerah kita. 

Dahulu, kita telah bazirkan masa muda kita dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sehinggalah seorang murabbi yang mengajar kita akan erti kehidupan sebenarnya. Kehidupan yang perlu kita PERJUANGKAN untuk mendapatkan redho daripada ALLAH swt.

Pada saat itu, langkah kaki diatur, berjam-jam masa dikorbankan untuk kerja dakwah, berkilo-kilo bekalan dipikul meredah sungai dan bukit bukau, diselangi oleh keluhan sahabat-sahabat dan kadang kala sesalan, ada juga sahabat yang patah di tengah-tengah perjalanannya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sukar ini.

Namun ujian-ujian itu menjadikan kita ini kuat. Lebih mematangkan. Menjadikan kita benar-benar berpaut pada Allah. Mengajarkan kita, apa sahaja terjadi dalam hidup kita, kita teramat perlu berjuang untuk mendapatkan cahaya dalam hidup kita. Sebab itu, jika kita berasa selesa dengan keadaan kita, rasa sudah malas, bosan dan jemu, awaslah! Kerana kita dalam kedaan amat berbahaya!

Justeru,carilah sumber untuk meningkatkan semula kesegaran nafas yang ada. Carilah sumber dari Allah, mahupun dari muwajih yang mampu mengetuk jiwamu. Barangkali kamu sebegitu kerana sudah kurang jihadmu, sudah kurang pengorbananmu, dan sudah kurang makna pada kefahaman mu tentang ISLAM dan DAKWAH.

Umat teramat tenat dan sakit sekarang ini, alangkah sedihnya jika kita, sebagai daie, begitu juga. Bangkitlah wahai sahabatku dari kelesuan, kemanjaan, kesedihan dan kemalasan. Ingatlah akan kalimah " Asyhadu ala illaha illah, Wa asyhadu anna muhamaddar rasulullah ". Inilah kekuatan kita, inilah slogan perjuangan kita. Sekarang bukan masanya untuk kita bermain mata, kerana hidup kita cuma sementara.


Created with Artisteer

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Carian Anda

Catatan Popular

Follow Me

Pendaftaran Ahli Online


Dikuasakan oleh Blogger.

Jadual Liga Street Soccer 2014

Jadual Liga Street Soccer 2014