Ahad, 12 Mei 2013
Barisan anak-anak muda yang mencintai bidang dakwah. Tidak kira di mana jua tanggungjawab dakwah itu dilaksanakan.
|
Tanggungjawab berdakwah bukannya tanggungjawab individu atau golongan-golongan tertentu sahaja. Berdakwah juga bukanlah kerja yang harus dipikul oleh golongan belia muslim malah, ianya merupakan kewajipan seluruh umat Islam bagi meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W. tidak kira peringkat umur, jantina, warna kulit dan bangsa.
Namun bagi golongan belia, berdakwah adalah medan untuk mendidik jiwa agar lebih dekat kepada ALLAH s.w.t. Di sinilah bermulanya suatu perjalanan hidup agar tidak sia-sia di akhirnya. Sahabat Masjid telah mengorak langkah bagi melahirkan belia yang cintakan dakwah sebagai salah satu hobi dan medan untuk mendidik jiwa agar tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH s.w.t. Sejak daripada pertubuhan ini ditubuhkan dan seterusnya didaftarkan, pelbagai program telah dijalankan untuk memberi pededahan awal kepada golongan belia muslim di daerah Nabawan. Alhamdulillah, berkat dan restu ALLAH s.w.t. segala matlamat untuk menyatupadukan golongan belia di daerah Nabawan berjaya dilaksanakan. Semoga usaha ini akan berterusan agar lebih ramai lagi belia muslim turut serta secara sukarela untuk berdakwah.
Created with Artisteer
Langgan:
Catat Ulasan
(Atom)
Carian Anda
Catatan Popular
-
Berikut merupakan di antara pengisian-pengisian dan aktiviti-aktiviti sepanjang program Konvoi Dakwah 2013 : Memohon doa keselamatan...
-
Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa isu yang sangat hangat diperkatakan pada ketika ini ialah berkenaan tragedi yang berlaku d...
Mengenai Kami
Sahabat Masjid Facebook
Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Komentar dan pendapat anda untuk menambah baik pengurusan laman blog ini amat dialu-alukan... Terima kasih...
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.